Advertisement

Responsive Advertisement

Arnab Bercahaya Di Dalam Gelap

Arnab Bercahaya Di Dalam Gelap | Sekumpulan para penyelidik yang berpangkalan di Hawaii dan Turki telah menghasilkan arnab bercahaya di dalam gelap. Mereka telah mencuba ke atas lapan ekor arnab tetapi hanya dua yang bercahaya dan kehijauan dalam gelap. Menurut Dr Stefan Moisyadi, seorang penyelidik biogenesis berkata arnab ini kelihatan seperti "cahaya LED". "Selain itu, bulu mereka mula berkembang dan warna kehijauan bersinar melalui bulu mereka," katanya lagi.



Sebenarnya, arnab tersebut telah disuntik dengan pewarna pendarfluor yang digunakan sebagai petanda bahawa bahan genetik disuntik melalui embrio dalam usaha untuk memajukan penyelidikan dalam rawatan untuk penyakit-penyakit yang mengancam nyawa.

'Ia hanya penanda untuk menunjukkan bahawa kita boleh mengambil gen yang tidak berasal dari dalam haiwan dan kini wujud dalam haiwan, "jelas Dr Moisyadi. Menurut beliau lagi, arnab ini tidak terjejas oleh protein pendarfluor tersebut dan akan mempunyai jangka hayat yang sama seperti arnab lain.

Untuk menghasilkan cahaya, penyelidik menyuntik protein pendarfluor yang diambil dari DNA obor-obor kepada lapan embrio arnab. Embrio ini kemudiannya dimasukkan semula ke ibu arnab. Hasilnya, dua daripada arnab tersebut bercahaya kehijauan di dalam gelap.


 



Post a Comment

1 Comments

Komen Jer..