Advertisement

Responsive Advertisement

Darlene Flynn Pemegang Rekod Koleksi Kasut Terbanyak 2013

Darlene Flynn, 57, merupakan pemegang Rekod Koleksi Kasut Terbanyak 2013 dari Romoland, California, yang turut dikenali sebagai 'The Shoe Lady', atau 'Queen of Sole', memulakan koleksi kasut pada tahun 2001 selepas bercerai dengan suaminya. Menjelang tahun 2006, beliau mempunyai 7,765 item dan telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records. Kini, dengan jumlah koleksi yang makin berganda iaitu sebanyak 16,400 item, dianggarkan bernilai $500,000, rekod beliau telah dikemaskini untuk Guinness Book of World Records edisi 2013.

Selain kasut sebenar, Cik Flynn juga mengumpul perabot berbentuk kasut, kasut bertemakan seni, pin berbentuk kasut, pakaian, teapots, sabun, telefon, porselin yang bermotifkan kasut, dan ribuan patung kasut kecil.

Antara koleksi terkenal yang dimiliki oleh beliau adalah replika selipar kaca Cinderella , kasut merah Dorothy dari Wizard of Oz, pelbagai jenis kasut Betty Boop  dan Barbie.

Darlene Flynn berharap satu hari nanti beliau akan memiliki sebuah muzium kasut dan juga tinggal di dalam kasut sebenar iaitu sebuah rumah berbentuk kasut.








sumber : www.dailymail.co.uk



Post a Comment

1 Comments

  1. banyaknya kasut dia..dah boleh buat muzium dah..tiap2 masa boleh tukar kasut nie..:-)

    ReplyDelete

Komen Jer..