Advertisement

Responsive Advertisement

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri


Alkisah sebuah hidangan isteri

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kunyit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hangit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.
Sebuah tulisan untuk renungan.

Sumber : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Post a Comment

6 Comments

  1. Agak2 suami ku nanti begini ke ye?? Erm, takde jawapan lagi sekarang ni.. terima kasih utk hidangan malam yg sungguh menyentuh hati & rasa ku. Masin hangit ke semua tu asam garam hidup kan.. Suka! suka! =)

    ReplyDelete
  2. semua wanita akan mengharapkan suami yang macam ni... tp mungkin satu dalam seribu. yang banyak hanyalah tau komplen sahaja

    ReplyDelete
  3. semua wanita selalu mengharapkan yg elok2 baik2 belaka... ya mmg tak dinafikan... even klu sy wanita pun sy pun demikian... tp apa yg akan terjadi pada diri wanita bilamana dpt lelaki atau suami khusunya yg kurang spt di idamkan? kecewa? so jgn telalu impikan yg perfect... simpan sedikit utk kekecewaan sebelah impian itu...

    ReplyDelete
  4. Ye, mmg setiap insan tidak sempurna tp bila sudah hidup bersama bererti kita juga perlu terima setiap kebaikan dan keburukan pasangan kita. Cuma, jika ada sesuatu yg tak sempurna, jgn terus menghukum & mengguris perasaan. Byk cara lain utk kita menegur kesilapan pasangan kita. Inilah yg perlu diamalkan dalam kehidupan berumahtangga...

    ReplyDelete
  5. sepatutnya begitulah, saling melengkapi, saling menjaga hati, saling bertolak ansur...

    ReplyDelete
  6. nice story..boleh jadi tauladan kpd suami isteri,anak2 diluar sana..:-)

    ReplyDelete

Komen Jer..